Cicak Tokek Gunakan Lidahnya Untuk Minum Embun Pagi Di Matanya
Jurugambar Isak Pretorius , 32, menunggu selama 3 hari untuk dapat merakam gambar cicak tokek comel yang menjilat air embun dari matanya ini. Dia mengikuti jejak cicak ini merentasi bukit pasir melalui kabus.
Makhluk reptilia ini adalah yang jarang ditemui di bukit pasir pantai di Namibia di antara laut dan padang pasir.
Cicak ini pada waktu awal paginya mengumpul air di bebola mata mereka apabila kabus muncul dengan udara pantai yang sejuk memukul kehangatan padang pasir. Kemudian mereka menjilat-jilatnya sebagai minuman.
"Melihat mereka buat kali pertama dalam kehidupan sebenar membuat saya kagum bagaimana kecil mereka ini. Mungkin hanya 4 inci ke 6 inci panjang," kata Isak, iaitu seorang penasihat jurutera.
"Kulit mereka berwarna merah jambu dan sangat lutsinar yang tidak akan menahan kepada mana-mana cahaya matahari yang keras."
Sekali tengok dah macam mainan pula cicak ini kan? Betapa uniknya ciptaan Tuhan .......
Comments