10 NEGARA DENGAN PEMANDANGAN SALJI TERINDAH DI DUNIA

Hampir semua negara yang berada di luar garis 40 darjah garisan lintang selatan dan 40 darjah garisan lintang utara selalu mengalami hujan sajli pada tempoh tertentu. Salji yang turun boleh menambah keindahan, tapi juga boleh memperburuk keindahan.

Banyak negara yang mempunyai pemandangan yang indah kerana salji yang turun. Kira-kira enam puluhan negara yang dapat merasai hujan salji, ada senarai 10 negara yang dianggap sebagai negara salji terindah.

Yang dimaksud dengan negara salji terindah ini adalah negara yang mempunyai pemandangan indah kerana adanya salji yang turun. Berikut adalah negara tersebut :

1. Switzerland

Switzerland adalah salah sebuah negara di Eropah Tengah yang mempunyai pemandangan yang Indah. Negara yang bersempadan dengan Jerman, Perancis, Itali, dan Austria ini sebahagian besar merupakan wilayah lereng pegunungan Alpen yang terkenal keindahanya, maka tidak hairan jika Switzerland mempunyai pemandangan alam salji terindah di dunia.

2. New Zealand

Dari senarai 10 negara salji terindah ini, New Zealand adalah satu-satunya negara yang berada di sebelah bumi selatan. Negara kepulauan di Barat daya lautan barat pasifik ini mempunyai keindahan alam pergunungan yang sangat luar biasa.

3. Alaska (USA Territory)

Alaska dianggap sebagai sebuah negeri kerana Alaska merupakan sebahagian negara Amerika syarikat yang letaknya terpisah dari negara induknya. Daripada semua negeri di Amerika syarikat, Alaska adalah negeri yang mempunyai pemandangan alam salji terindah.

4. Kanada

Negara yang terbentang dari Lautan Atlantik dan Selat Davis sehingga Lautan Pasifik ini merupakan negara Amerika Utara yang terletak di bahagian paling utara. Di padang rumput Kanada yang luas dan datar terdiri dari bahagian Manitoba, Saskatchewan dan Alberta, melebar menuju Pergunungan Rocky ini akan berubah menjadi surga salji di musim sejuk.

5. Perancis

Walaupun Perancis adalah salah sebuah negara di Eropah Barat, tapi Perancis adalah salah sebuah negara yang dilalui oleh lintasan pergunungan Alpen. Tidak hairan jika pemandangannya indah, ditambah dengan pemandangan pergunungan Mount Blanc yang berada di pesisir selatan Eropah Barat ini, maka akan semakin bertambah keindahan pemandangan alam salji Perancis.

6. Norway

Memang tidak salah jika Norway mempunyai pemandangan salji terindah. Ini kerana negara Norway berada di Semenanjung Scandinavia dan bersempadan langsung dengan Lautan Atlantik. Norway adalah negara yang bergunung-gunung dan sebahagian besar tertutup oleh glesier.

7. Iceland

Island adalah negara yang sebahagian tertutup oleh salji / ais. Oleh kerana itu, negara ini dinamakan Iceland atau Island (tanah ais). Negara yang berdekatan dengan Greenland ini terletak di bahagian utara Lamudera Atlantik.

8. Jepun

Negera Sakura yang mempunyai pemandangan alam padang salji yang indah. Negeri ini terletak di sekitar 41 darjah garisan lintang utara. Jika tiba musim sejuk, maka pemandangan bandar akan nampak seperti negeri khayalan, tambahan lagi jika kita melihat pemandangan salji di lereng gunung Fuji.

9. Sweden

Sweden adalah sebuah negara Nordik di Scandinavia. Negara ini bersempadan dengan Norway di barat dan Finland di timur laut, Selat Skagerrak dan Selat Kattegat di barat daya, serta Laut Baltik dan Teluk Bothnia di timur. Dahulu negara ini pernah menjadi negara termiskin di Eropah pada abad ke 19, tapi kerana keindahan alamnya, negara ini menjadi tujuan pelancungan terkenal dan kemudian boleh membangunkan negara ini menjadi lebih baik.

10. Korea Selatan

Korea adalah salah satu negara 4 musim yang bentuk muka buminya berupa pergunungan. Pergunungan di wilayah timur umumnya menjadi hulu sungai-sungai besar, seperti Sungai Han dan Sungai Naktong. Di musim sejuk, pergunungan di Korea Selatan berubah menjadi pergunungan salji yang sangat Indah

Comments

Popular Posts