Thursday, July 14, 2011

Tanaman Yang Memakan Haiwan

Haiwan makan tanaman sering kita dengar. tetapi tanaman makan haiwan?? Aneh kan? Sekuntum bunga yang indah dan cantik tetapi membawa kesengsaraan bagi serangga. Mari kita lihat : )

Nepenthes atau Periuk Kera memenuhi nafsu makannya dengan menangkap serangga, tikus atau burung tidak boleh menemui jalan keluar dari pitcher Nepenthes akan sakit dan mati dalam perangkap tersebut.

Utricularia dan Aldrovanda hidup dengan di dalam air dan mereka menangkap rotifera, daphnia, larva nyamuk dan haiwan yang tinggal di dalam air yang lebih besar sebagai makanan mereka. Pinguicula dan Drosera menangkap serangga kecil, lalat, dan serangga-serangga lain sebagai mangsa. The genus Genlisea menangkap protozoa. Sangat menakutkan apabila melihat tanaman pitcher seperti Cephalotus, Nepenthes, Sarracenia mencerna tawon, kupu-kupu, kumbang, semut, labah-labah, dan lalat secara cepat dan mengerikan.

pokok karnivor ini sangat cerdas dalam memainkan silapmata untuk menarik mangsanya. dimana pokok ini akan memancarkan aroma manis yang boleh mematikan. memiliki beberapa tompok pigmentasi pada perangkap mereka, atau seperti bola nektar yang berwarna untuk menipu mangsanya. beberapa bahagian juga yang melekit, bergetah, basah dan licin untuk mengekang mangsa mereka dari melarikan diri.

kobis??

tanaman yang satu ini tidak boleh saya jelaskan, sebab ngeri. asal usulnya tidak pula diketahui. jom,kita tengok sama-sama.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...