THE GORGEOUS HAVASU FALLS - satu lagi 'syurga' dunia
Air terjun Havasu yang cantik ini terletak di Supai, Havasupai Reservation, Grand Canyon National Park,Arizona
dan ia mempunyai ketinggian 100 kaki.
Ia merupakan air terjun yang indah dengan airnya yang biru-kehijauan di sepanjang sungai Havasu dan terdapat kolam jernih dibawahnya, sesuai untuk berenang. Terdapat satu kawasan landai yang besar untuk berehat dan berkelah di hadapan air terjun itu.
Namun, perjalanan ke sini tidak lah mudah.Havasu Falls agak sukar untuk sampai dengan hanya berjalan kaki, Ia memerlukan anda untuk memandu ke Hualapai Hilltop dan kemudian mendaki (hike) sejauh 16km (10 batu) menuju ke air terjun itu melalui perkampungan kecil Supai yang jauhnya 3km dari air terjun Havasu.
TETAPI, bagi anda yang tidak mampu untuk mendaki sejauh itu, anda boleh mendapatkan perkhidmatan helikopter untuk ke Supai diikuti dengan menunggang kuda menuju ke air terjun itu.
Tidak seperti air terjun yang lain di Arizona,Sungai Havasu yang membentuk air terjun ini mengalir dari mata air, dan mempunyai pengaliran yang berterusan sepanjang tahun.
Walau bagaimanapun, jika anda datang pada musim sejuk, anda akan mendapat banyak hujan dan cuaca yang sejuk. Dan pada musim panas pula , ia akan menjadi sangat panas.Julai-Ogos adalah musim tengkujuh (dan ini adalah satu kawasan untuk banjir kilat). Adalah disyorkan Mac-April sebagai masa terbaik setiap tahun untuk pergi ke sana........walaweyy..
Comments