Gua Waitomo Bercahaya Seperti Bintang Akibat Daripada Glow-Worm

Pernahkah kita terfikir untuk berada di dalam sebuah gua yang gelap namun di langit gua tersebut terdapat berbutir-butir cahaya laksana bintang di angkasa? Atau persoalan lainnya pula; Kita semua telah biasa melihat bintang-bintang bersinar di langit pada malam hari, namun bagaimanakah untuk kita melihat bintang yang bersinar² di dalam tanah yang berrongga seperti gua?

Anda hanya mampu untuk melihat keajaiban itu apabila anda mempunyai kesempatan untuk datang ke Gua Waitomo Glowworm di New Zealand. Tentu sahaja "bintang" yang dimaksudkan itu tidak sama zatnya sebagaimana bintang yang bersinar di langit hitam bumi. Ini adalah kerana butir² cahaya bintang yang bersinar di Gua Waitomo di New Zealand berkenaan adalah berpunca daripada kehadiran sejumlah cacing yang tergantung di langit gua terbabit.

Gua ini terkenal di serata dunia dan menjadi daya tarikan pelancong baik pelancong tempatan mahupun dari luar negera. Hampir setiap pelancong yang ingin berkunjung ke New Zealand akan pasti memasukkan Gua Waitomo ke dalam senarai tempat kunjungan mereka di New Zealand. Glow Worm Waitomo adalah sejenis ulat yang bercahaya dalam kegelapan atau nama latinnya adalah Arachanocampa luminosa iaitu satu spesis cacing yang unik yang wujud di New Zealand.

Ribuan daripada makhluk kecil ini mampu untuk memancarkan cahaya yang cukup terang di dalam gua berkenaan sehingga langit dan dinding gua tersebut kelihatan umpama terdapatnya jutaan bintang sepertimana di langit hitam bumi.

Disamping menikmati pemandangan yang menakjubkan di dalam gua berkenaan, para pelancong juga akan diberikan maklumat dan penjelasan tentang Sejarah dan Geologis gua tersebut oleh ketua kumpulan rombongan yang dilantik oleh syarikat Tour Guide bagi membawa pelancong melawat kawasan dalam gua terbabit. Tempoh sekali lawatan ke gua tersebut telah ditetapkan sekitar 45 minit. Anda akan dibawa masuk ke dalam Gua Glowworm yang spektakular dengan dekorasi gua yang megah dan batang batu kapur yang dikenali sebagai Tomo.

Pemandu pelancong anda juga akan memberikan sebuah komentar bermaklumat yang menghiburkan disamping berkongsi cerita mengenai legenda kebudayaan dan keajaiban alam di gua terbabit.

Comments

Popular Posts