Grand Canyon Skywalk

Grand Canyon Skywalk adalah sebuah Glass Bridge/Skywalk bebentuk "U" yang terletak lebih kurang 4,000 kaki di atas Sungai Colorado di pinggir Grand Canyon.

Lebih daripada satu juta paun keluli digunakan dalam pembinaan Grand Canyon Skywalk.

Dek Skywalk telah dibuat dengan empat lapisan Saint-Gobain Diamant low iron glass dengan DuPont SentryGlas interlayer.

Jambatan ini mampu untuk menahan rintangan angin melebihi 100 km/ hr dari 8 arah yang berbeza, serta gempa bumi bermagnitud 8.0 dalam lingkungan 50 batu.

Jambatan ini boleh membawa 822 orang yang seberat 200 paun (91 kg) dalam satu2 masa, tetapi maksimum hanya dibenarkan untuk 120 pada satu2 masa demi menjaga strukturnya.

Ia dibuka kepada orang awam pada 28 Mac 2007 dan angkasawan Buzz Aldrin dan John Herrington dikatakan turut hadir semasa majlis perasmiannya.



Comments

Popular Posts